Thursday, 12 January 2012

Maafkan Aku

Andai keluh resahku mengganggu tidurmu..
maafkanlah aku..
Andai sakitku membebani hidupmu..
maaafkan aku..
Sudah ditetapkan baringanku di sisimu..
Sudah ditakdirkan hidupku bersama denganmu..
Aku tidak mampu berpatah kembali..
Mampukah engkau..?
Andai diriku sudah tidak bermakna lagi buat dirimu,
Andai dirimu sudah hilang kasih pada diriku,
Buanglah aku..
Bagai kain buruk yang tak berguna..
ia boleh berada di mana-mana..
di tepi-tepi jalan diselaputi debu dan lumpur..
atau di dalam longkang bercampur limbah..
juga di dalam sungai dibawa arus ke mana sahaja..

Pun begitu..
Maafkanlah dahulu diriku..
kerana aku tidak mampu berpatah kembali..
mampukah engkau...?

Friday, 2 December 2011

Siapa aku di hatimu..


Telah kukorbankan segalanya padamu..
Kuabadikan jasad dan kudratku menempuh dugaan hidup bersamamu..
Jerih payah yg kulalui selama itu kutelan sedalam-dalamnya..
Menjadi darah dan daging di tubuh ini..
Demi cinta agungku padamu,
aku jadi lali pada kesakitan dan kelukaan..
Adakala kecewa dan duka meruntun jiwa..
Airmata yang merembes menyesak dada..
Pun jua.. Aku tetap berdiri walau lemah..
Hingga hari ini..
Sehingga detik ini..
Kecewa duka yang kumamah selama ini..
Telah menjadi nanah yg menyebu di jiwa..
Hiduplah aku dalam luka yang parah..
Bagaikan barah menakluk nyawa..
Menunggu saat ruhul terpisah..
Siapa aku di hatimu..?
Berapa harga diriku di matamu...?

Thursday, 29 September 2011

Lara hati ini tak siapa yang tahu...
Aku tersenyum dalam duka...
Aku tertawa dalam luka...

Kekadang...
Aku bagaikan tertewas sudah...
Namun aku tak mampu menyerah...
Lalu kuteruskan perjalanan...
Mengheret segala kepahitan..

Ya Tuhan..
Berikan aku kekuatan..
Kurniakan daku keimanan..
Naungkan aku dengan ketaqwaan...
Limpahi aku dengan rahmat...
 

Thursday, 28 July 2011

Pernah Dahulu

Pernah dahulu aku ke sini...
walau hanya sedetik..
meluahkan sekelumit rasa hati..

Kini aku kembali lagi
ingin meredakan hati yang sebu..
namun jari terasa kaku..

Lara hati yang terpaksa dipendam...
membuat perasaan menjadi mati..
sesekali..
luka yang lama tertoreh...
bisanya menyengat..
aku sendiri tak memahami...
aku sendiri tak mengerti..
aku sendiri tidak pernah pasti..
bilakah pengakhirannya..
atau ia kekal abadi...