Thursday, 12 January 2012

Maafkan Aku

Andai keluh resahku mengganggu tidurmu..
maafkanlah aku..
Andai sakitku membebani hidupmu..
maaafkan aku..
Sudah ditetapkan baringanku di sisimu..
Sudah ditakdirkan hidupku bersama denganmu..
Aku tidak mampu berpatah kembali..
Mampukah engkau..?
Andai diriku sudah tidak bermakna lagi buat dirimu,
Andai dirimu sudah hilang kasih pada diriku,
Buanglah aku..
Bagai kain buruk yang tak berguna..
ia boleh berada di mana-mana..
di tepi-tepi jalan diselaputi debu dan lumpur..
atau di dalam longkang bercampur limbah..
juga di dalam sungai dibawa arus ke mana sahaja..

Pun begitu..
Maafkanlah dahulu diriku..
kerana aku tidak mampu berpatah kembali..
mampukah engkau...?

No comments:

Post a Comment